Pengumuman

Assalam. Selamat datang ke blog Keluarga Hj Kassim, waris2 keluarga yang ingin menjadi contributor (penyumbang tulisan) sila isi borang di sebelah kanan; permohonan akan dinilai sebelum diluluskan.
Ruangan chat(sembang) juga sudah dimuatkan disebelah kanan dikenali sbg Shout it! Wassalam

Thursday, November 17, 2011

Salam bangkit semula

Assalamualaikum musim hj dan aidil adha baru lalu, ie hari raya qurban, rugi kalau tak qurban kerana sekali setahun je. Tahun ni Pk Teh Yan pi haji dah balik pada 17.11.11 syukur alhamdulillah dia suami isteri dapat selesai haji dengan baik. Budi dan isteri pun pi jugak. bagus pi muda muda ni badan kuat dan dgn izin Allah dapat pi melalui Oman satu rekod bagi keluarga kita. Sepupu yg lain tu bila lagi. Bila dah telampau tua susah sikit. Tapi kena lah pasang niat sekarang insyaAllah tuhan kabulkankan.
Agak susah ahli yg lain nak tulis blog hampa lebeh suka tulis fb dan twtr. Pakai blog ni laa... yg ni kusus utk keluarga kita Wassalam

Tuesday, September 6, 2011

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.....
Dengan ini adalah dengan segala hormatnya dijemput semua ahli keluarga waris Allahyarham Haji Kassim bin Haji Ishak untuk menghadiri satu majlis tahlil/doa selamat/sambutan Aidilfitri seperti berikut:
i. Tarikh : 16 September 2011 (Jumaat)
ii. Masa : 7 malam (Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah)
iii. Tempat : Rumah pusaka Allahyarham Haji Kassim bin Haji Ishak,
Taiping, Perak
iv. Aturcara :
7.00malam – Ahli keluarga berkumpul
7.30malam – Solat Maghrib berjemaah
7.45malam – Bacaan surah Yassin, tahlil dan doa selamat
8.45malam – Solat Isyak Berjemaah
9.00malam – Jamuan/Makan malam
10.30malam – Bersurai
Bersama – sama dengan jemputan ini juga adalah majlis mengunjungi pusara Allahyarham Haji Kassim bin Haji Ishak dan pusara saudara-mara yang lain pada keesokan harinya iaitu pada 17 September 2001 (Sabtu) pada pukul 8.00 pagi bertempat di Tanah Perkuburan Changkat Jering. Insya-ALLAH gotong-royong membersihkan tanah perkuburan juga akan diadakan pada hari tersebut.
Sumbangan untuk majlis tersebut bolehlah dimasukkan ke akaun sdr. Amir Effendy di 162106308380 (Maybank). Sila maklumkan pihak jawatankuasa sekiranya sumbangan telah dilakukan dengan menghubungi/SMS jawatankuasa di talian 019-4144094 (Amir Effendy) atau 012-2524790 (Fauzi). Diharapkan dengan kehadiran saudara-mara semua dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia terjalin. Sekian, harap maklum.

Friday, August 26, 2011

Ramadan then Syawal

Assalamualaikum, dah hujung Ramadan baru ada mood nak tulis. Memang betul orang bersemangat ibadah dlm Ramadan ni. Taktic yang Allah gunakan sungguh berkesan menarik hamba Nya beribadah. Pahala ibadah sangat tinggi dosa mudah terhapus. Dah tu setan tak dapat berperanan. Cuba maintain mcm tu lepas Ramadan ie maintain kuat ibadah kawal nafsu. Pasti hidup lebeh selesa. Tapi kita ni dah lazim habis Ramadan open-house open-house.......... perangai back to normal. Bulan Ramadan je kita menang lain bulan ramai yg tewas! Apa nak buat tunggu Ramadan hadapan pulak lah untuk nak menang balik. Wassalam

Saturday, July 9, 2011

Saturday 9 jul

Assalamaulaikum, depa semua p ramai ramai pakat tunjuk kesungguhan nak minta betulkan peraturan pilihanraya. Klu peraturan tu dibuat btuibtui dan adil tak sapa nak komplen. EC kena salahkan diri kerana tidak berpegang kepada amanah yg diberi oleh rakyat. Dok nak jaga sebelah tu je. Kalau tak pebetui jugak sah depa tak takut kat Allah tp takut kat orang. Muhasabah la sikit wassalam

Friday, June 17, 2011

Jangan comot

Asslamaualaikum, Dua hari lepas sibuk sikit kat rumah maklumlah buat pembaikan sendiri dalam tandas bawah, buat plastering kat siling tandas. Self employed konon. Badan, pakaian, lantai dinding dll jadi comot. Mak Long komplen. Kena lah BERSIH habis-habisan. Bila dah BERSIH nampak selesa. Badan selesa. Taman BERSIH selesa daerah BERSIH selesa bila semua BERSIH semua jadi selesa. Kena minat BERSIH. Rohani dan jasmani mesti BERSIH baru ibadah diterima. Kalau tak BERSIH hidup 50 tahun pun tak guna kerana tak BERSIH bermakna penting diri sendiri. Wassalam

Wednesday, April 27, 2011

Tanya pendapat

Assalamualaikum, ni terutamanya utk klrga hj kassim yg dok kat KL dan yg sekitarnya, nak cadang kita buat majlis makan klrga secara pot-luck agar tk membebankan tuan rumah. Kita boleh cadang rumah sapa-sapa yg sesuai. Tuan rumah sedia nasi dan minuman saja. Pakai pinggan mangkok kertas (pakai buang saja ) Tarikh majlis sebelum posa ok ke. Sila bagi pendapat Wassalam.

Monday, April 18, 2011

looking after people

Assalamualaikum, About maids in your house. You applied for them to work in your house. Give them responsibilities, but never forget to care for their basic need. If they perform poorly teach them. Be fair as they are human. If they fail, then encourage them to do correctly. 3 elements will keep them working smoothly you(the employer) the maids and the environments. Should anything goes wrong look at these 3 elements dont just the maids.wassalam.

Saturday, April 9, 2011

Tanah suci

Assalamualaikum, telah kembali dari tanah suci pd 6 apr 11 setelah 12hari di Madinah almunawwarah dan Makkah almukarramah. Yang pasti sangat sedikit halangan dalaman utk pergi Masjid. Bolih pergi awal pulak tu. Bagitulah tanah suci. Nak tau pergi sendiri. Masjid tiap fardhu penuh orang! Allahuakbar! Kenangan ini buat air mata tua ini meleleh pulak. Tiap kali ziarah RAsulullah dan sahabat air mata meleleh. DiMakkah bila nampak Baitullah air mata meleleh lagi. Manusia tawaf Kaabah 10k-50k tiap saat! Bila pulak nak pegi Allah saja yg tahu Wassalam

Friday, March 25, 2011

Mengerjakan Umrah

Alhamdulillah paklong, maklong & aini telah selamat berangkat untuk menunaikan umrah semlm. doakan mereka selamat pergi, selamat menunaikan umrah dgn sempurna dan selamat pulang. mereka akan pulang pada 6th april nanti, insyaallah.

Monday, March 21, 2011

Kekal semangat kekeluargaan

Asslamulaikum, nampaknya lepas habis himpunan keluarga tempoh hari (25/12/10) semangat kekeluargaan jadi sepi. Semua jadi low profile. Jangan hilangkan semangat kekeluargaan ini, perlu hidupkan terus kalau tidak kita jadi 'stranger in the family' terus semarakkan silaturrahim. terutama dari generasi 3&4 yg terbanyak IT savvy. Untuk meransangkan silaturrahim perlu kita 'ambil berat' antara satu sama lain spt melawat kelahiran, menghadiri undangan dll. Oh by the way jenerasi 3 & 4 ajak pak pak, mak mak utk minat IT sekian wassalam

Friday, March 11, 2011

Gempabumi Tsunami dahsyat diJepun

Assalmualaikum, petang tadi lepas solat asar kita dikejutkan dgn gempa dan tsunami paling dahsyat di Miyagi Perfecture Jepun. TV menunjukkan gelombang besar melanda bandar Senden penduduk 1j menghanyutkan bot kapal ,rumah kenderaan bagaikan , mainan Innalillah hiwainnailaihirojiuun. Semua negara sekitar Lautan Pacific dibri amaran Tsunami. Saya talipon Pk Teh Yan untuk berjagajaga. Sms Kpd Kak Nor tanya situasi dilabuan. Setinggi simpati dgn rakyat Jepun Wassalam

Friday, March 4, 2011

Pergi keutara

Assalamualaikum, ni baru sampai balik dari utara. Dari rmh pi Penang, Alor Star, Pi Balling kemudian Grik bejalan selama 5 hari. Leteh juga tp masih boleh tahan. Masa balik tk sah kalau tak kena jam atas hiway dekat Slim River. Lori treler tekangkang tengah divider! Pasai apa pi utara itu kena siasat sendiri sekian wassalam.

Tuesday, February 22, 2011

Second post

Assalamualaikum Yang dah masuk blog ni hendaklah buat coretan dan bagi tahu Ahli-Ahli lain. Kita mahu wujud perhubungan sesama klrga hj kassim. Fauzi (Stiausaha)dah dimaklum tentang blog ni dia kenalah hebahkan. Bisness restoren Fauzi camne. Ceritale kpd klrga nnt ada pluang boleh pegi try. Wassalam

Sunday, February 20, 2011

Assalamualaikum, this is 1st entry fm of the 2nd generation. With this family blog hope to communicate with each other. Ok I hope to see good response. First story. Today I have guest fm Sabah Ijan n husband Pak Teh Yan daughter. We have dinner together less Pak Long n Mak Long. She is du to go home on 21/2. At he time of writing she n hubby still in KL that it Wassalam