Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.....
Dengan ini adalah dengan segala hormatnya dijemput semua ahli keluarga waris Allahyarham Haji Kassim bin Haji Ishak untuk menghadiri satu majlis tahlil/doa selamat/sambutan Aidilfitri seperti berikut:
i. Tarikh : 16 September 2011 (Jumaat)
ii. Masa : 7 malam (Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah)
iii. Tempat : Rumah pusaka Allahyarham Haji Kassim bin Haji Ishak,
Taiping, Perak
iv. Aturcara :
7.00malam – Ahli keluarga berkumpul
7.30malam – Solat Maghrib berjemaah
7.45malam – Bacaan surah Yassin, tahlil dan doa selamat
8.45malam – Solat Isyak Berjemaah
9.00malam – Jamuan/Makan malam
10.30malam – Bersurai
Bersama – sama dengan jemputan ini juga adalah majlis mengunjungi pusara Allahyarham Haji Kassim bin Haji Ishak dan pusara saudara-mara yang lain pada keesokan harinya iaitu pada 17 September 2001 (Sabtu) pada pukul 8.00 pagi bertempat di Tanah Perkuburan Changkat Jering. Insya-ALLAH gotong-royong membersihkan tanah perkuburan juga akan diadakan pada hari tersebut.
Sumbangan untuk majlis tersebut bolehlah dimasukkan ke akaun sdr. Amir Effendy di 162106308380 (Maybank). Sila maklumkan pihak jawatankuasa sekiranya sumbangan telah dilakukan dengan menghubungi/SMS jawatankuasa di talian 019-4144094 (Amir Effendy) atau 012-2524790 (Fauzi). Diharapkan dengan kehadiran saudara-mara semua dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia terjalin. Sekian, harap maklum.