Pengumuman

Assalam. Selamat datang ke blog Keluarga Hj Kassim, waris2 keluarga yang ingin menjadi contributor (penyumbang tulisan) sila isi borang di sebelah kanan; permohonan akan dinilai sebelum diluluskan.
Ruangan chat(sembang) juga sudah dimuatkan disebelah kanan dikenali sbg Shout it! Wassalam

Friday, March 25, 2011

Mengerjakan Umrah

Alhamdulillah paklong, maklong & aini telah selamat berangkat untuk menunaikan umrah semlm. doakan mereka selamat pergi, selamat menunaikan umrah dgn sempurna dan selamat pulang. mereka akan pulang pada 6th april nanti, insyaallah.

Monday, March 21, 2011

Kekal semangat kekeluargaan

Asslamulaikum, nampaknya lepas habis himpunan keluarga tempoh hari (25/12/10) semangat kekeluargaan jadi sepi. Semua jadi low profile. Jangan hilangkan semangat kekeluargaan ini, perlu hidupkan terus kalau tidak kita jadi 'stranger in the family' terus semarakkan silaturrahim. terutama dari generasi 3&4 yg terbanyak IT savvy. Untuk meransangkan silaturrahim perlu kita 'ambil berat' antara satu sama lain spt melawat kelahiran, menghadiri undangan dll. Oh by the way jenerasi 3 & 4 ajak pak pak, mak mak utk minat IT sekian wassalam

Friday, March 11, 2011

Gempabumi Tsunami dahsyat diJepun

Assalmualaikum, petang tadi lepas solat asar kita dikejutkan dgn gempa dan tsunami paling dahsyat di Miyagi Perfecture Jepun. TV menunjukkan gelombang besar melanda bandar Senden penduduk 1j menghanyutkan bot kapal ,rumah kenderaan bagaikan , mainan Innalillah hiwainnailaihirojiuun. Semua negara sekitar Lautan Pacific dibri amaran Tsunami. Saya talipon Pk Teh Yan untuk berjagajaga. Sms Kpd Kak Nor tanya situasi dilabuan. Setinggi simpati dgn rakyat Jepun Wassalam

Friday, March 4, 2011

Pergi keutara

Assalamualaikum, ni baru sampai balik dari utara. Dari rmh pi Penang, Alor Star, Pi Balling kemudian Grik bejalan selama 5 hari. Leteh juga tp masih boleh tahan. Masa balik tk sah kalau tak kena jam atas hiway dekat Slim River. Lori treler tekangkang tengah divider! Pasai apa pi utara itu kena siasat sendiri sekian wassalam.