Pengumuman

Assalam. Selamat datang ke blog Keluarga Hj Kassim, waris2 keluarga yang ingin menjadi contributor (penyumbang tulisan) sila isi borang di sebelah kanan; permohonan akan dinilai sebelum diluluskan.
Ruangan chat(sembang) juga sudah dimuatkan disebelah kanan dikenali sbg Shout it! Wassalam

Thursday, November 17, 2011

Salam bangkit semula

Assalamualaikum musim hj dan aidil adha baru lalu, ie hari raya qurban, rugi kalau tak qurban kerana sekali setahun je. Tahun ni Pk Teh Yan pi haji dah balik pada 17.11.11 syukur alhamdulillah dia suami isteri dapat selesai haji dengan baik. Budi dan isteri pun pi jugak. bagus pi muda muda ni badan kuat dan dgn izin Allah dapat pi melalui Oman satu rekod bagi keluarga kita. Sepupu yg lain tu bila lagi. Bila dah telampau tua susah sikit. Tapi kena lah pasang niat sekarang insyaAllah tuhan kabulkankan.
Agak susah ahli yg lain nak tulis blog hampa lebeh suka tulis fb dan twtr. Pakai blog ni laa... yg ni kusus utk keluarga kita Wassalam

Tuesday, September 6, 2011

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.....
Dengan ini adalah dengan segala hormatnya dijemput semua ahli keluarga waris Allahyarham Haji Kassim bin Haji Ishak untuk menghadiri satu majlis tahlil/doa selamat/sambutan Aidilfitri seperti berikut:
i. Tarikh : 16 September 2011 (Jumaat)
ii. Masa : 7 malam (Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah)
iii. Tempat : Rumah pusaka Allahyarham Haji Kassim bin Haji Ishak,
Taiping, Perak
iv. Aturcara :
7.00malam – Ahli keluarga berkumpul
7.30malam – Solat Maghrib berjemaah
7.45malam – Bacaan surah Yassin, tahlil dan doa selamat
8.45malam – Solat Isyak Berjemaah
9.00malam – Jamuan/Makan malam
10.30malam – Bersurai
Bersama – sama dengan jemputan ini juga adalah majlis mengunjungi pusara Allahyarham Haji Kassim bin Haji Ishak dan pusara saudara-mara yang lain pada keesokan harinya iaitu pada 17 September 2001 (Sabtu) pada pukul 8.00 pagi bertempat di Tanah Perkuburan Changkat Jering. Insya-ALLAH gotong-royong membersihkan tanah perkuburan juga akan diadakan pada hari tersebut.
Sumbangan untuk majlis tersebut bolehlah dimasukkan ke akaun sdr. Amir Effendy di 162106308380 (Maybank). Sila maklumkan pihak jawatankuasa sekiranya sumbangan telah dilakukan dengan menghubungi/SMS jawatankuasa di talian 019-4144094 (Amir Effendy) atau 012-2524790 (Fauzi). Diharapkan dengan kehadiran saudara-mara semua dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia terjalin. Sekian, harap maklum.

Friday, August 26, 2011

Ramadan then Syawal

Assalamualaikum, dah hujung Ramadan baru ada mood nak tulis. Memang betul orang bersemangat ibadah dlm Ramadan ni. Taktic yang Allah gunakan sungguh berkesan menarik hamba Nya beribadah. Pahala ibadah sangat tinggi dosa mudah terhapus. Dah tu setan tak dapat berperanan. Cuba maintain mcm tu lepas Ramadan ie maintain kuat ibadah kawal nafsu. Pasti hidup lebeh selesa. Tapi kita ni dah lazim habis Ramadan open-house open-house.......... perangai back to normal. Bulan Ramadan je kita menang lain bulan ramai yg tewas! Apa nak buat tunggu Ramadan hadapan pulak lah untuk nak menang balik. Wassalam

Saturday, July 9, 2011

Saturday 9 jul

Assalamaulaikum, depa semua p ramai ramai pakat tunjuk kesungguhan nak minta betulkan peraturan pilihanraya. Klu peraturan tu dibuat btuibtui dan adil tak sapa nak komplen. EC kena salahkan diri kerana tidak berpegang kepada amanah yg diberi oleh rakyat. Dok nak jaga sebelah tu je. Kalau tak pebetui jugak sah depa tak takut kat Allah tp takut kat orang. Muhasabah la sikit wassalam

Friday, June 17, 2011

Jangan comot

Asslamaualaikum, Dua hari lepas sibuk sikit kat rumah maklumlah buat pembaikan sendiri dalam tandas bawah, buat plastering kat siling tandas. Self employed konon. Badan, pakaian, lantai dinding dll jadi comot. Mak Long komplen. Kena lah BERSIH habis-habisan. Bila dah BERSIH nampak selesa. Badan selesa. Taman BERSIH selesa daerah BERSIH selesa bila semua BERSIH semua jadi selesa. Kena minat BERSIH. Rohani dan jasmani mesti BERSIH baru ibadah diterima. Kalau tak BERSIH hidup 50 tahun pun tak guna kerana tak BERSIH bermakna penting diri sendiri. Wassalam

Wednesday, April 27, 2011

Tanya pendapat

Assalamualaikum, ni terutamanya utk klrga hj kassim yg dok kat KL dan yg sekitarnya, nak cadang kita buat majlis makan klrga secara pot-luck agar tk membebankan tuan rumah. Kita boleh cadang rumah sapa-sapa yg sesuai. Tuan rumah sedia nasi dan minuman saja. Pakai pinggan mangkok kertas (pakai buang saja ) Tarikh majlis sebelum posa ok ke. Sila bagi pendapat Wassalam.

Monday, April 18, 2011

looking after people

Assalamualaikum, About maids in your house. You applied for them to work in your house. Give them responsibilities, but never forget to care for their basic need. If they perform poorly teach them. Be fair as they are human. If they fail, then encourage them to do correctly. 3 elements will keep them working smoothly you(the employer) the maids and the environments. Should anything goes wrong look at these 3 elements dont just the maids.wassalam.